Want your
own Fotopage?







 
ian's FotoPage

By: ian ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 22-Nov-2007 03:34 Email | Share | | Bookmark
Akhirnya ...

Yeay!, kali ke-2 mencuba, akhirnya dapat juga aku jadi top 12 dalam National Geography.. ni gambar assignment aku masa kat Pulau Ketam, Pelabuhan Klang.

nice bro....tahniah2!!!heheheheh~~~ Wed 26-Dec-2007 18:01
Posted by:faiz teenfannaiz@yahoo.com  - [Link]
Wow! Tahniah! Hebatnya, kali kedua cuba je dah dapat. Syabas! Wed 2-Jan-2008 03:05
Posted by:o.d  - [Link]
not bad.. keep it up.. Wed 20-Feb-2008 15:54
Posted by:cindai77  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 22-Oct-2007 03:44 Email | Share | | Bookmark
still in raya mood...

hurm...malas betul aku nak gi opis ari ni..sebelum subuh tadi ujan..pergh!...layan bantal sampai pukul 10 best ni..tapi apa nak buat, kerja dah start..

semalam semak balik jadual tugasan yang aku amik sebelum raya tu.. erm, sibuk jugak rupanya aku ..

Quote:

4/11/2007: Pertunangan di Puchong, Selangor
30/11/2007: Nikah di Shah Alam 2, Selangor
15/12/2007: Family Day Suruhanjaya Tenaga, Hulu Langat
22/12/2007: Nikah dan Sanding di Wangsa Maju, Kuala Lumpur
22/12/2007-23/12/2007: Malaysian Paintball Rally Series, Bukit Cahaya Shah Alam
28/12/2007: Malam Berinai di Bachang,Melaka
29/12/2007: Persandingan di Bachang, Melaka


rasanya, lepas ni..kena rajin2 la cari job lagi..nak tambah lens dan invest dalam lighting system plak..

semalam gi open house umah member..lepak ngan anak memember semua..dah berkeluarga pun mereka...hehehehehe, aku jumpa sorang prospek yang boleh dibuat menantu...


wah....ian, byk job menanti tu.....syabas.... Mon 12-Nov-2007 05:25
Posted by:shaifulsafar  - [Link]
Add comment


Monday, 8-Oct-2007 07:28 Email | Share | | Bookmark
adakah tapak itu menjejak langkah ku?






malam tadi, seperti malam-malam sebelumnya...aku sememang akan membuat beberapa rujukan dan penelitian atas karya-karya jurugambar yang dipamerkan didalam British Journal Photography..aku berharap dapat menghabiskan siri pengembaraan aku yang telah aku rangka sejak enam bulan lepas akan habis sebelum hujung tahun ni..nanti dapatlah aku buat koleksi terbaik untuk tahun 2007 ini.... bulan lepas aku baru je dapat EI8GHT Photojournalism 4th Birthday Edition..dalam tu ramai juga pengkarya-pengkarya agung seperti Alexander Boulard, Trent Parke, James Nachtwey...ramai la..sedang aku khayal membuat telahan siri yang seterusnya... Adam, anak lelaki aku masuk kedalam studio (ala, bilik biasa je... )..menghulur botol susu dan berkata "pa..cu,...wat"...menyuruh aku buat susu la tu...

"hurm, dah pukul 2 pagi pun belum tidur lagi ye.." aku berkata.. mengambil dan terus kedapur buat susu....
...er.. 3 sudu, air panas suku, tambah air masak...goncang kasi campur.... test ...ok..siap!

tatkala sampai kat dalam studio aku lihat Adam begitu asyik melihat gambar-gambar dari pengkarya-pengkarya dimajalah itu...hahahahaha...adakah ini menunjukkan Adam akan mengikut jejak langkah aku..?...ah, biarlah dia memilih jalan kerjayanya sendiri..walaupun minatnya terhadap kamera dah ada sejak dia mendapat kamera pertamanya dari Pak Longnya ....

Bapak rintik anak borek..klw jawa nye kate like father like son!!.muehehe.. Wed 31-Oct-2007 10:54
Posted by:shahroll shahroll_ery@yahoo.com.my  - [Link]
sharol: banyak la kau punya peribahasa tu..tunggang langgang..hahahahahah Mon 12-Nov-2007 05:30
Posted by:Supian Bin Ahmad shaz_adam05@yahoo.com.my
Add comment


Friday, 14-Sep-2007 04:28 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan ini...



Alhamdulillah, di masa posting ini dibaca.. aku selamat menjalani ibadah puasa hari yang pertama..sesungguhnya bulan ramadhan ialah bulan yang dinantikan oleh umat islam, di mana masa inilah kita nak "top-up" akaun masing-masing..termasuk lah aku..

OK, kali ni aku nak sertakan gambar-gambar umat islam menjalani ibadah puasa ini dengan cara dan perangai masing-masing..dari bersahur, berbuka dan terawih..sepanjang bulan ini, aku akan bagi yang termampu la...

rugi tak dapat join gi pasar masa hari pertama sebab kena kerja..




Huhu..cemana la ko amik ni ek?ni mesti mase orang tengah trawikh ni .. Sat 15-Sep-2007 20:31
Posted by:Undermysin undermysin@gmail.com
undermysin: macamana aku amik?..aku guna kamera la... ya, masa orang tgh terawih... aku?..hheehhehehe... kantoi...tak la.. aku amik masa aku dah nak balik..mereka semua sambung sampai abis.. Sun 16-Sep-2007 03:38
Posted by:ian
hehe..ye la..xkan ko pakai selipar jepun pulak kan ...
ko bawak kamera gi Masjid..hehe..ganaz....salute

Anyway nice Mood ^^

Mon 17-Sep-2007 09:25
Posted by:Undermysin undermysin@gmail.com
Add comment


Friday, 7-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Fotofolio: Layar Tanchap Merdeka di Shah Alam

tu kad kadbod tu dia tulis applause
kumpulan dendang anak..
antara ahli kumpulan dendang anak..
View all 15 photos...
Fuh, ini pertama kali aku pergi layar tanchap..walaupun pernah juga nak pergi ke layar tanchap dulu tapi ianya agak jauh dari rumah, tapi kali ini mereka telah membuat persembahan di Shah Alam..dan kebetulan ada beberapa krew yang terlibat merupakan kenalan aku, jadi secara tak langsung ini ialah peluang untuk aku berjimba sakan mengambil gambar di layar tanchap..

aku sampai agak lewat..lebih kurang pukul 9.30 malam diiribgi hujan gerimis yang dari petang dah mula... sesampai di sana , aku disambut oleh Fizzy, yang juga krew tanchap malam tu..dan aku didaftarkan sebagai jurugambar, walaupun bukan rasmi tapi aku dapatlah "all access" malam tu..yeay!

siapa sangka yang tanah air kita ni sebenarnya menyimpan ramai bakat-bakat muda (dan tak berapa muda) yang sangat hebat.. aku sememangnya enjoy malam tu..semua performers memang hebat dan profesional..dan terus terang aku cakap lebaih bagus dari peserta-peserta air mata dari rancangan realiti tv yang hanya mengharapkan undi sms untuk terus mara..tetapi mereka tidak..hanya sorakan dan tepukan gemuruh yang mereka dapat, tetapi ini tidak membuatkan mereka memberi persembahan sambil lewa...mereka best!

penganjur pula sememang hebat, dari segi sound sytem hingga ke emcee..semuanya best.

Care to comment?


Wednesday, 5-Sep-2007 05:03 Email | Share | | Bookmark
Pulau Redang, terlalu indah...



its been like an endurance race for me driving all the way from Subang Jaya to Jeti Merang..argh, 3 hours of driving, 3 tins of Redbull, 1 time supper at Mcd drivethru, 1 time of 30 minute sleeping (if you can call it sleeping) and after a Subuh prayer...another 5 hours driving from East Coast Highway-Kuantan-Cherating-Kuala Terengganu-Jeti Merang-boat to Laguna Redang, Pulau Redang...at last, at 1.30 pm. we made it to the shore of Pulau Redang...but,

Day01
all the tiredness and my sleepy eyes is like REFRESH itself.. with the breathtaking panorama in front of me...Pulau Redang..the island with white sandy beach... ahhh..cant help myself to snorkling this evening..hehehehehe..

we check in at 1.45 pm.. have a lunch and off to CK (chickling reef area) for snorkling... the reef area is impressive with the greenish blue water, its seem like we are not in Malaysia..Adam is having his fun time with his 'atuk' zahrie, our snorkling instructor far away from us..hahahaahah.. after 1 1/2 hours we off to the beach.

thanks ash..yeay!.. contact me anytime and we can set the date and where to shoot.. it will be great to shoot with you too Mon 10-Sep-2007 00:56
Posted by:ian
> pergghh.. stunning collection.. kewll..
> salam ramadhan & selamat beramal
Wed 12-Sep-2007 09:36
Posted by:adekcomelx  - [Link]
adekcomelx: terima kasih... wei, lama tak nampak..pergi mana? Thu 13-Sep-2007 11:06
Posted by:ian
View all 4 comments Add comment


Monday, 27-Aug-2007 06:33 Email | Share | | Bookmark
Mudzaffar dan Siti, Shah Alam 25hb Ogos 2007

 
 
 
View all 18 photos...



Ini ialah Mudzaffar dan Siti. Majlis berlansung di Shah Alam pada 25hb Ogos 2007. Jadual asalnya ialah membawa pasangan ini untuk membuat pengambaran di sekitar taman tsik dan masjid tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan, jadi kami pulun bergambar di dalam rumah je la...insyaalah ada masa dan hari yang baik, aku akan cuba menjadikan perancangan itu jadi...

Care to comment?


Wednesday, 15-Aug-2007 00:51 Email | Share | | Bookmark
Klang: Di sebalik Wajah

 
 
 
View all 31 photos...

Photodocumentary ini ialah satu lagi aktiviti yang dilakukan bersama SFCS forumers minggu lalu. Group 360 ini diketuai oleh saudara Sani Rahman, dan dianjurkan oleh saudara Joyz bersama saudara Reez dari Klang. Objektif kali ini ialah memperkenal dan mendokumentasikan nama tempat dan kawasan yang selama ini "terlindung" dari mata orang ramai, terutama mereka yang bukan penduduk Klang.
Tahukah anda, bangunan-bangunan yang terdapat di Klang, kebanyakkannya telah dibina sebelum merdeka, iaitu sekitar tahun 1930an, dan masih utuh diduduki! Malang sekali, kebanyakkan hasil sejarah di sekitarnya telah musnah ditelan arus cuaca kerana tiada tindakan pemuliharaan dari pihak berkuasa. Perjalanan kami bermula dari Jalan Stesen, yang menempatkan Stesen Komuter Klang yang dulunya ialah sebuah stesen keretapi Klang. Di situ jugalah Chong Kok Kopitiam berada sejak lama dulu. Ianya ialah sebuah "kedai kopi" yang ianya lebih dikenali sebagai “kedai kopi” oleh penduduk tempatan. Apa yang menariknya, kopitiam ini terkenal dengan roti bakarnya yang masih menggunakan dapur arang didalam penyediaannya..wah, sangat hebat dan saya pasti anda tidak dapat bayangkan betapa unik dan sedapnya rasa roti bakar itu, ditambah pula kaya buatan sendiri dan mentega. Selain roti bakar, roti kukus dan roti gandum juga menjadi pilihan pelanggan. Jika anda peminat kopi, anda pasti tidak mahu terlepas peluang menghirup kopi asli Chong Kok yang dibuat khas dan disediakan oleh satu-satunya penyedia kopi di situ yang telah bekerja dari dulu lagi, didalam cawan istimewa berwarna kuning tertera nama kopitiam itu. Selain daripada menghirup kopi dan membaca suratkhabar, anda berpeluang merasa keadaan “Klang yang dulu” kerana Chong Kok Kopitiam masih mengekalkan kebanyakkan perabut dan peralatan mereka yang dulu. Kepada sesiapa yang berminat hendak ke sana anda boleh ke No. 5 Jalan Stesen Klang, Tel: 03-3371 0996. Masa operasi: Isnin- Sabtu - 6.45 pagi hingga 6.00 petang, Ahad hingga 2.00 petang sahaja.
Perjalan diteruskan ke Jalan Buruh, sepanjang jalan ini terdapat binaan bangunan yang pasti sudah berusia lebih 70 tahun. Dibina sebelum perang dunia ke II, dan kebanyakkannya sudah rosak dan hilang serinya. Semasa kami berjalan menyusuri jalan itu untuk ke Jalan Raya sambil mengambil gambar dan menikmati sejarah, sebuah kedai jahit bernama San Cheong telah membuatkan kami berhenti. Kedai itu ialah kedai yang masih mengekalkan kebanyakkan struktur asal, dapat dilihat dari atapnya yang masih menggunakan alang kayu dan pembahagi rumah menggunakan papan. Mesin Jahit yang digunakan pula dah berusia lebih 30 tahun. Pemiliknya mendakwa, beliau ialah generasi ketiga dari keluarganya yang mewarisi perniaggaan yang berusia lebih 60 tahun (beliau sendiri berumur hampir 80 tahun).

best.. best... series yg menarik... Mon 3-Sep-2007 08:26
Posted by:Sani Rahman  - [Link]
syai: tima kasih la geng..wei, masa tu kau ada rambut daaa....

Anan Amri: TQ...kau bila plak nak buat street..kita buat kat shah alam nak?

Sar: hahahahahah..tima kasih kat kau jugak sebab guide kitaorg tentang "art of seeing" dan sbb guide kitaorg kat Pulau Ketam tu..
Tue 11-Sep-2007 01:14
Posted by:ian
chongkok!

haha.

bole kate tiap2 petang aku melepak kat situ.

ade byk lagi kedai2 camni kat klang.

kat port klang ade cathay bar. beef steak die, perrggh! terbaek.

hehe.

kedai tepi sungai, nasi beriani die time2 tgh hari. phew!

nasi ayam bang leman kat port klang.

*SAYA BANGGA JADI ORG KLANG. HEHE.
Thu 6-Dec-2007 16:13
Posted by:bobo  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Monday, 13-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Siri Kembara Solo Mencari Bayangan di Kuala Lumpur

 
 
 
View all 53 photos...

Care to comment?


Tuesday, 7-Aug-2007 03:47 Email | Share | | Bookmark
One-day photography competition@Putrajaya

Fuyoss letih menapak
er, lupa nama daa..
chrome..kat tengah tu wiraz yang baju hitam tu faiz
View all 21 photos...

Gila penat ikut bebudak CS (http://candidsyndrome.com/forum/) layan comp kat putrajaya. Kami daftar dalam pukul 8.00 pagi, lepak tunggu yang lain sampai, pukul 9.00 pagi dengar taklimat dan pukul 10.00 lebih kitaorang start menembak. Kami pergi 2 taman je.. Taman Botani dan Taman Wetlands. Kat bawah ni entry aku....kalah.. hahahahahahaha!

encik sgt aktip...rajin..sekali..bagui..best kongsi2 ilmu..nice 2 meet u..walaopon mabok laut..tp tetp control macho.. Tue 14-Aug-2007 02:06
Posted by:p U r p L e  - [Link]
ataullah: maaf andai saudari anda tidak suka dipotretkan didalam hitam putih, tetapi moment itu sangat indah untuk dibuat karya yang menaikkan mood suasana itu..saudari dan kawan dibenarkan untuk memuat turun gambar itu untuk simpanan peribadi.
bayu mengusik: saudari dan rakan2 sangat "hyper" ketika itu.. ekspresi muka kalian juga sangat "jujur" berkomunikasi dengan alam, memang menjadi kegemaran saya untuk melakar cahaya bersama manusia, ia memberi nyawa pada karya saya.
moican: anda yang mana satu ye, hari tu saya lepaskan nafsu untuk bersama lensa pinjam saudara Faiz, C70200F28IS nya.
purple: didalam mengejar ilmu, kita terpaksa berkorban masa dan tenaga..dengan cara itu sahaja kita dapat seiring denganya, tatkala saudari menjadi pengajar suatu hari nanti, akan saya menimba ilmu dari saudari. err, adakah mabuk ketika outing Klang: The Othe side of stories yang saudari maksudkan? ya, salahkan lautan yang selalu bergelora yang penuh dengan ombak yang jahat!
Tue 14-Aug-2007 06:37
Posted by:ian
daku adal org yg memakai spek..
baju itam ijau e2..
yg juga gelak sakan mcm nk pecah perut.
adeh..!
mcm menguap pun ader..
huhuhuhuhu~~
lalalalalalalala~~

btw,
u got all nice picca..
Tue 28-Aug-2007 06:19
Posted by:moimoi/moichan (awaN.yUme) cute_pinklemon85@yahoo.com
View all 16 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.